Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur saya terhadap Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menamatkan pengajian di Cosmopoint dengan sempurna.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia pembimbing saya, Puan Muniamah Sinivasan dan juga penasihat saya Puan Hafizah Binti Sideq di atas bimbingan, pandangan dan tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan sepanjang beradanya saya di Cosmopoint.
Juga ucapan terima kasih kepada Cosmopoint Seremban yang telah menjadi Pusat Pendidikain kepada Mahasiswa dan Mahasiswi. Ribuan terima kasih juga kepada pensyarah, rakan-rakan serta seluruh warga Cosmopoint Seremban yang telah memberi nasihant dan tunjuk ajar sepanjang saya berada di sini khasnya kepada rakan yang mengambil kursus Diploma in Multimedia Application.
Istimewa buat keluarga yang dikasihi, Bonda Paizah Binti Mohammad, Adinda Nur Dinie Rabiha Binti Eddie Rosman dan Nur Dinie Edzafirah Binti Eddie Rosman, ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan pengorbanan kalian di sepanjang tempoh pengajian saya.
Sesungguhnya segala bimbingan, pandangan, tunjuk ajar, dorongan, bantuan, dan pengorbanan yang telah saya terima dari semua pihak sepanjang pengajian ini, amat saya hargai dan tidak mampu saya membalasnya. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas kalian atas segala jasa dan budi baik kalian terhadap saya.
Yang Benar
Muhamad Din Rafie Bin Eddie Rosman
02-200905-00028