2. Sayang ku
Akukah yang kau rindu
Debaran berbisik menyentuh jiwa
Terasa aku di sayangi
Terasa aku di kasihi
Benarkah perasaan ini
Atau hanya mainan mimpi
Begitu mekar di hati ku
Harumnya cinta ku pada mu
Lena dalam angan asmara
Wajah mu menjadi kekasih ku
Hati mu memeluk hati ku
Jiwa mu mencium jiwa ku
Nafas mu membelai nafas ku
Seluruh milik mu terasa menjadi milik ku
waktu waktu angan syahdu
Terasa dunia ini milik ku
Kerana kau segala-galanya bagi ku.
3. Ceritera yang di tanam di pusara samudera
Tiba tiba datang tika remban senja
Berbalut wajah dengan kain putih
Saperti masih baru di kafan
Kelihatan merah tompok tompok darah
Dari jiwa yang luka
Di cucuk kaca cinta yang berkecai
Dia datang untuk mengambil kecewanya yang tertinggal
Ketika di sana roh kasihnya merindu
Terkenang detik detik indah yang pernah di lalui
Namun yang di cari tiada lagi
Di bawa berlalu oleh bayu waktu
Hilang dalam sinar matahari
Menjadi awan hitam di pinggir langit
Mungkin selamanya begitu
Tidak akan menjadi hujan
Buat apa di cari lagi
Pada kabus awan yang tidak pasti .
4. Di petengahan malam ku lihat keangkasa
Bersinar dua bintang sangat berdekatan
Bagai pasangan sedang bercinta
Ku hampiri bayangan bulan
Berdiri di bawah bumbung langit
Seketika sejuk jiwa ku di titis embun syahdu
Teringin aku berkasihan saperti bintang itu
Tapi aku selalu mendengar ceritera
Betapa pilunya hati kecewa
wahai insan yang sedang hiba
Di manakah kau berada
Ingin aku bersua mata
Merasai apa yang di rasa
Izinkan aku bertanya
Kenapa kau perlu kecewa
Dalam dunia luas terbuka
Pasti masih ada cinta yang membawa bahagia .
5. Bila kita sedih kita tak nak orang lain mengungkit tentang kesedihan kita..
Bila kita sedih kita tak nak orang lain terlampau simpati pada kita..
Bila kita sedih kita tak nak dengar orang lain nasihatkan kita..
Bila kita sedih takde ape pun nasihat yang boleh buat kita gembira..
Bila kita sedih kita rasa benci pada orang yang gembira dengan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa nak lempang orang yang berkata relaks laa jangan nangis lagi..
Bila kita sedih takde satu perkataan pun yang dapat menggambarkan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa tiada orang yang boleh fahami perasaan kita..
Bila kita sedih kita rasa tak nak diganggu..
Bila kita sedih kita rasa nak dibelai dan disayangi..
Bila kita sedih kita cuma nak layan kesedihan kita dengan menangis dan mengenang..
Bila kita sedih kita harap rasa sedih itu akan hilang detik demi detik..
Bila kita sedih sebenarnya kita tak perlukan perkara lain selain masa...sebab masa itulah akan mengubat kesedihan itu...
6. Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.
7. Kalau kau tanya apa itu cinta
Lihatlah dimataku
Cinta telah meninggalkan jejak cahaya disana
Kalau kau tanya kenapa bisa begitu
Jawabnya adalah kamu
Kalau masih ada pertanyaan kenapa harus kamu
Terus terang..
Aku tak tahu
Kerana kata-kata
Tak sanggup lagi menenyampaikan isyarat hatiku
(untuk seseorang yang menatapku lembut dalam hening)
8. Sebelum cinta menemuiku,
Selama pintu hati masih terbuka,
Sebelum mata hati bisu,
Selama itu pula ku harus fahami cinta.
Entah apa yang terjadi dalam diriku,
Mengubah jalan fikiranku,
Mengubah jalan hidupku,
Mengubah sikap kasar dalam diriku,
Perubahan sangat berarti bagiku.
No comments:
Post a Comment